Hubungi Kami

Mafeya Apparel

32-A, Jalan Kristal J7/J,
Seksyen 7, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Notis Privasi

Polisi Privasi Penggunaan Laman Web KilangBaju.Com.My

Polisi Privasi laman ini membincangkan berkenaan maklumat peribadi (Personally Identifiying Information: PII) yang kami Mafeya Apparel, Mafeya Sdn Bhd kumpul/ambil daripada anda ketika anda menggunakan laman kami www.gildanmalaysia.com (“Laman”) atau jenama-jenama dibawah kami atau perisian, tawaran serta servis lain yang kami sediakan di dalam laman ini atau seluruh halaman laman web kami. Dengan melawat laman ini atau memberikan (PII) anda kami, anda telah bersetuju dengan polisi privasi di laman ini. Laman kami akan membuat kemaskini dan perubahan maklumat setiap masa, dan polisi ini juga mungkin berubah selari dengan perubahan yang berlaku.

Janji Privasi

Kami sangat komited dalam menjaga privasi anda pada setiap masa. Kami komited dalam perkara ini: (1) Kami tidak akan memberikan butiran peribadi pengguna kami selain diberi kebenaran untuk berbuat demikian dan (2) jika kami tidak mendapat kebenaran daripada anda untuk memberikan butiran peribadi anda, kami Cuma akan memberikan statistik kepada pengiklan kami berkenaan bilangan pengguna yang melawati laman web kami serta corak trafik.

Maklumat Peribadi

Mafeya Apparel tidak mewajibkan anda untuk memberikan sebarang maklumat peribadi (PII) ketika anda mahu mengakses laman www.gildanmalaysia.com. Bagaimanapun, jika anda berminat untuk membuat tempahan, kami akan meminta maklumat peribadi anda seperti nama, nombor telefon dan alamat email untuk kami berikan sebut harga dan memproses tempahan serta aamat jika diperlukan untuk membuat penghantaran. Kami tidak menyediakan pembayaran online dari website dan segala pembayaran perlu dibuat melalui staff kami dan pembayaran perlu dimasukan pada akaun syarikat milik Mafeya Apparel.

Cookies Dan Penjejakan

(a) Cookies. Seperti mana-mana Laman Sesawang yang lain, kami juga menggunakan “Cookies”. Cookies adalah ‘alphanumeric identifiers’ yang kami pindahkan ke hard drive computer anda melalui konten laman kami supaya system kami dapat mengenal pasti pelayar web anda. Kami menggunakan cookies untuk mengingatkan kami informasi anda dan pautan aktiviti anda. Disebabkan anda anda boleh mengambil langkah untuk memadam atau menyekat cookies, jika anda mengaktifkannya, servis ini tidak akan berfungsi seperti apa yang kami telah reka. Walau bagaimanapun, jika anda mahu mengambil langkah ini, anda boleh berbuat demikian dengan mengikut langkah ini di pelayar web anda. Cookies kami tidak akan mengutip PII yang anda berikan kepada kami ketika proses pendaftaran, tetapi ianya akan mengutip informasi lain seperti:

  • Nama Domain serta host dari mana anda mengakses Internet dan alamat Internet laman yang menghubungkan kepada alamat emel kami;
    Masa dan tarikh anda mengakses laman dan kandungan laman kami;
  • Alamat IP komputer anda dan maklumat tentang platform, dan jenis pelayar web yang anda gunakan (serta versi yang anda gunakan);
  • Demographic serta butiran bukan peribadi tentang anda; dan
  • Informasi untuk mencegah penyalahgunaan atau penipuan.

(b) Google Analytics. Ini melibatkan ‘cookies’ di pihak-pertama untuk melaporkan interaksi pengunjung di laman web. ‘Cookies’ ini digunakan untuk menyimpan maklumat yang tidak dapat mengenalpasti pengunjung secara peribadi. Pelayar web tidak akan berkongsi ‘cookies’ pihak-pertama di seluruh domain.

Pendedahan Maklumat Peribadi Kepada Pihak Ketiga

Pautan ke laman web lain: Laman kami mengandungi pautan ke laman web lain yang tidak terkawal, walaupun sebahagian daripada mereka mungkin memaparkan logo Mafeya Apparel atau jenama-jenama di bawahnya.. Mafeya Apparel tidak boleh bertanggungjawab terhadap dasar privasi syarikat lain. Kami mengesyorkan agar anda menyemak dasar privasi mana-mana laman web yang anda lawati di internet.

Pendedahan yang dikehendaki: Mafeya Apparel dan jenama-jenama di bawahnya. boleh bekerjasama dengan semua pertanyaan daripada penguatkuasa undang-undang dan berhak untuk mendedahkan maklumat pengenalpastian atau agregat secara peribadi berkaitan dengan sepina atau permintaan yang diperuntukkan oleh mahkamah untuk maklumat tersebut.

Keselamatan

Mafeya Apparel telah melabur, dan akan terus melabur, dalam keselamatan kualiti terbaik untuk menjaga akses kepada maklumat, kualiti data, dan keselamatan fizikal pelayan di mana maklumat disimpan. Laman kami mempunyai langkah-langkah keselamatan untuk melindungi terhadap kehilangan, penyalahgunaan dan pengubahan maklumat di bawah kawalan kami. Walau bagaimana pun, usaha ini tidak dapat menjamin bahawa penggodam tidak akan mendapat akses kepada komunikasi antara anda dan laman web ini.

Polisi Gambar, Video, Grafik Dan Visual

Segala bahan seperti gambar, video, grafik dan visual yang dipaparkan di laman web ini adalah hak milik Mafeya Apparel dan jenama-jenama di bawahnya. Bagaimana pun kami akan memberikan kredit kepada pemilik sebenar gambar, video, grafik dan visual yang kami gunakan selain yang dinyatakan.

Hak Mengubah Dasar Privasi Dan Tiada Halangan Untuk Pemindahan Aset

Sebagai pemilik, Mafeya Apparel boleh mengubah dasar ini pada bila-bila masa. Anda harus mengkaji semula dasar privasi kami secara berkala untuk memastikan bahawa anda sudah mengetahui dasar semasa kami. Penggunaan laman web oleh anda berikutan sebarang pengubahsuaian kepada dasar privasi akan secara konsisten dianggap menerima syarat dasar privasi ini dan sebarang perubahan kepada dasar tersebut. Tiada apa-apa dalam dasar privasi ini bertujuan untuk menghalang hak atau keupayaan Mafeya Apparel untuk memindahkan atau melupuskan mana-mana asetnya.

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Semua maklumat yang diterima adalah untuk kegunaan Mafeya Apparel dan jenama-jenama di bawahnya. Jika anda ingin mendapatkan akses kepada maklumat peribadi yang kami pegang berkenaan anda, atau jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan mengenai cara kami mengumpul, menggunakan, mendedahkan, mengurus atau menyimpan maklumat peribadi anda, anda boleh menghubungi jabatan yang mengumpul maklumat peribadi anda dalam contoh pertama, atau tulis kepada:

Alamat surat-menyurat:

GILDANMALAYSIA.COM
MAFEYA APPAREL
32-A, Jalan Kristal J7/J,
Seksyen 7, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
No. Telefon: +6017 229 0120

Boleh kami bantu anda? Chat dengan kami melalui WhatsApp. Kami sedia membantu anda.

Pertanyaan & Tempahan

WhatsApp & Tempahan